KETUA PENGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
kepada Tuan/Puan
Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya,maka Majlis Kementerian Wilayah Persekutuan (MKWP) di tahun 2020 ini telah melancarkan lamn web barumya.
Laman web baru ini menampilkan wajah yang segar dan menarik serta memuatkan kandungan yang lebih padat dan tersusun. Beberapa ciri baru telah dimasukkan bagi menjadikan lebih mesra pengunjung.
Penambahbaikan ini selari dengan perkembangan dunia teknologi ICT yang memerlukan MKWP sentiasa bergerak pantas agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia ICT. Perkembangan ini telah menjadikan internet sebagai salah satu media alternatif yang menjadi tumpuan ramai.
Justeru, peluang ini dimanfaatkan oleh MKWP menerusi laman web baru yang mampu menyalurkan informasi dan maklumat terkini kepada para pengunjung.
Sebagai sebuah agensi kementerian ,MKWP berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal kementerian di negara dan menjadi model kepada Majlis Kementerian Wilayah Persekutuan.
MKWP sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi kesan yang maksimum kepada golongan yang memerlukan. Ianya selara dengan slogan MKWP "Memajukan Kegemilangan Negara"yang menggambarkan usaha proaktif MKWP dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan sosio-ekonomi negara.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web MKWP. Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan pendapat ataupun cadangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan laman web ini.
"MEMACUKAN KEGEMILANGAN NEGARA"
Mohammad Zulkhairy
Kerua Pengawai Eksekutif
Majlis Kementerian Wilayah Persekutuan .
No comments:
Post a Comment